Thursday, January 28, 2010
Adnan semp-it
Haha for the first time aku rasa aku boleh terima this one cool movie malay Adnan Sempit .yeah tommorow aku dengan kawan-kawanku akan pergi menonton ini cerita.aku tgk trailer die pun aku dah tergelak and banyak manusia-manusia zaman sekarang aku dengar dorg sembang yang kata this film kelakar tak tahulah betul ke tak but ya i wish kelakar coz aku tgk trailer die pun aku tergelak sorang-sorang macam orang gila tgk tv,yeah yeah mari kita menonton beramai-ramai esok ya :D
Happy , Tired , Crazy
Hello milo neslo makan vico. ehem ehem assalamualaikum saya di sini ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak update belog saya atas sebab-sebab berikut :
- Busy dengan assignment yang telampau bukan pramugari terlampau ye.
- Malas nak online disebabkan keletihan yang terlampau.
- Saya lebih mementingkan dunia luar dari dunia blog buat sementara waktu
- Saya malas nak tulis http://www.blogspot.com/ di internet saya ini.
- Sekian maklum :D
Ha atas disebabkan hal-hal yang berikut so saya ingin meminta maaf sekali lagi ya ampun bukk.
- Busy dengan assignment yang telampau bukan pramugari terlampau ye.
- Malas nak online disebabkan keletihan yang terlampau.
- Saya lebih mementingkan dunia luar dari dunia blog buat sementara waktu
- Saya malas nak tulis http://www.blogspot.com/ di internet saya ini.
- Sekian maklum :D
Ha atas disebabkan hal-hal yang berikut so saya ingin meminta maaf sekali lagi ya ampun bukk.
Friday, January 22, 2010
Ayuh!! Saya pasti boleh yeah!!
aku boleh punya jangan give up dgn diri ko ebal practice make perfect yeah yeah nothing impossible in this world kalau orang lain boleh kenapa ko tak boleh.yeah yeah aku kene yakin akan diriku ini yeah yeah.
Wednesday, January 20, 2010
Befikir sejenak ke arah kemajuan
Baru tadi je aku lepak lepak dgn kawanku tiba tiba dorg becerita pasal bekas menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad.sembang pun sembang membuat aku befikir sejenak dan kagum apabila aku memikirkan pengorbanannya kepada rakyat malaysia dan bangsa melayu sendiri .walaupun banyak yang mencacinya tapi itulah pengorbanan yang sudah diketahuinya apabila dia memecat Dato Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Timbalan Menteri Malaysia kerana atas sebab sebab yang tertentu yang tidak boleh ku ungkapkan di sini kerana takut menjadi isu dan salah faham habis aku masuk paper pegi makhamah kene tembak haa wuish bahaya.ok ke arah pembangunan ramai orang kata mahathir membazir duit rakyat membuat klcc buat klia buat putrajaya tapi korg tak tepikir ke kalau tade klcc tu orang kenal ke malaysia ? sampai suatu ketika dahulu klcc itu sendiri diberi nama Eye Of The World oleh dunia tidakkah kita rasa bangga dgn kecerdikan mahathir di mana klcc itu sendiri melambangkan ciri ciri islam di mana kalau korg perasan yg building nya berbentuk kubah dan berbentuk seperti bintang kalau kita perhatikan di hujung bangunan klcc itu.tapi paling kelakar aku dgr org yang kutuk2 membazir ape sume tu melepak gak kat klcc tu tak ke pandai sgt tu? tapela pemikiran org bukan sumenya bule terima bnda yang maju dan membazir ni kan.lagi satu yang buat aku kagum dgn mahathir coz pada zaman kegawatan ekonomi dunia pada 1998 di mana seluruh dunia mengalami kegawatan mahathir sanggup bejaga 3 malan tanpa tidur memikirkan cara membantu malaysia naik semula tanpa meminjam duit kepada bank negara coz die tau kalau dah maju balik kita akan behutang yang tidak temampu kita membayarnya akibat malaysia mendapat nama buruk dan jatuh tak ke pandai tu.banyak benda lagi yang aku kagum dgnnya dimana die la doctor pertama yang membuka klinik bayar murah kepada orang melayu membantu org melayu even die melayu mamak tapi still kisah pasal orang melayu tapi tula melayu kita tidak pandai menghargai lagi banyak mengutuk dari memuji.ha lagi satu pasal kereta proton pulak, bnyk yang cakap die membazir duit buat kereta tapi korg tak pikir lak sampai bila kita nak guna kereta orang tak rasa malu ke? kita bukanya tade otak rakyat kita pandai pandai jgn selalu beharap org luar je sampai dorg pandang rendah ke atas diri kita ni.mahathir ni pun bijak jugak dia tau kalau di buat proton ni kilang proton tu memerlukan atleast 60 ribu org so die membuka pekerjaan kepada penganggur betauliah yang mengutuknya itu lagi2 melayu kan.haih aku bukan nak bepolitik or sokong mane2 juz aku kagum dan simpati ke atasnya,die memberi aku ilham ke arah kemajuan diriku ini :)
Tuesday, January 19, 2010
i love 90's
haha this video remind me whe i was eight i guess i love gil and moffats this time so young and weird.haha but saya sangat suka zaman 90 an sangat indah bagiku :)
Sungai Gabai wah shioknyeeee
Hey hey last saturday haritu saya dgn kawan college saya telah pergi ke sg.gabai bai bai sangattt cantik tempat itu dan saya mandi manda di sana sangattt sejuk airnya dan saya suka main air terjunya sangattt laju air terjunya dan saya dan kawan2 buat bbq sangattt sedap makananya haaa.mcm cite kanak kanak lak aku cite haa actualy sabtu yg lepas tu before nak pegi tu kire malam sabtula kitorg lepak kat malis beramai ramai plan ape sume cehh sume sembang banyak bagus punya kata pukul 8 pagi betolakk aku dah mmg tau sgt dah klu pukul 8 tu nak bgun harapan sedangkan kelas pagi pun susah nak datang haaa tgk tgk esok tu btula jangkaan diriku ini yang sememangnya macam ahli nujum pak belalang dapat meneka kerana aku pun bgun kol 9 haa trus trus kawan kawanku bising kat luar rumah kediamanku itu aku pun gosok gigi mengunakan ubat gigi Darlie dan basuh air mengunakan mangkuk sin di bilik mandi ku itu dan tukar baju band ramones dan seluar pendek tapi dalam tu aku dah siap siap pakai seluar untuk mandi manda :D.haa dan begerakla nampaknya sume sembang hujan lebat ribut taufan petir tsunami haa tunggu sorang demi sorang begerakla pukul 11 pagi ceh 8 la sgt kan kan.sesampai di sana aku dgn kawan kawanku semangat la nak mandi atas skali naik tangga demi tangga sampai atas jd nenek kebayan sesak nafas semput haa.tapi tiba tiba aku rasa badan aku jd tough setelah exercise naik tangga itu dan kitorg pun kemas2 la letak lauk pauk buat bbq sume dan mandi manda sangatttt seronok siap air terjun itu bule buat main skate air tu ohhh aku tak ingt menatang tu name ape.dan dalam pukul 5 tu kitorg pun beransurla pulang ke kota raya dgn penuh senyuman walaupun keletihan melanda mmgla aku balik rumah terus tidur sepanjang hari sampai ke esok hari haaa.
Sunday, January 17, 2010
other album from abg man and kak tina wedding
yeah ni adalah album lain daripada album storyboard abg man dan kak tina.yang ni dinamakan sticky album bukan yang sticker2 beli 20 sen tampal tu ni adalah yang bukak plastiknya pastu kita lekat gambar dlm tu dan lekat balik plastik tu ala slalu album gambar family pun ada tapi yang ni special juz for wedding jela its call sticky album haaaa.so ya ni adalah cover depan sticky album abg man dan kak tina.hope they like it.amin :)
finally
Yay!! finally after 3 weeks aku buat storyboard album weddng ni dgn penuh dugaan yang banyak ku tempuhi .Ombak begelora , ribut taufan melanda, kilat sambung menyambung tetap ku tempui dgn penuh kesabaran.tapi yang sume benda alah tu tade pun saje je aku kasi dramatik wewe.ni kerana oleh assignment yang betimbun timbun macam timun tapi aku tak makan timun jadi aku kasi kawan aku makan dorg suke timun. yeye ni last hasil keje saya selepas banyak dugaan tapi tadela menarik mane boleh la buat duit cari makan:)
Wednesday, January 13, 2010
hari buruk saya
oh ya ya ya sgt buruk ini hari bagi saya juz bcoz kene telor and tiba-tiba rasa mcm nak demam siapa tak sakit hati mati peti kan kan? tapi aku tale nak cakap apela coz aku pun selalu kenekan makhluk makhluk yang telah baling kepadaku itu tadi so ni kes nak balas dendam membara yg telah kesumat di dalam jiwa masing-masing di mana masih ada rasa panas di hati mereka terhadap ku yg telah mengenakan diorang bekali kali tanpa rasa simpati.tapi mmg betula telor melor itu sgt busuk baunyaaa dari bau boxer aku yg tak basuh seminggu mmg aku rasa nak muntah la tapi aku takut aku muntah kan trus pregnant lak tak pasal-pasal dorg kene betanggungjawab kepada diriku yang suci ini telah dinodai oleh dorg .tapi sebelum aku kene dgn dorg ni aku kire bejuang bejihad habis-habisan belari-lari mcm filem hindustan tapi aku kira hero la shah rukh khan katakan tapi kajol aku tadela nak joget bedangdut dgn aku aiyo .last last dorg yang tiada simpati walaupun aku telah buat muke simpati atau lebih erti kata cute tapi dorg tetap meng ugut dgn hendak membaling telor melor tadi ke atas beg latop ku yang di dalamnya mempunya laptop TOSHIBA yang sgt lembap walaupun masih baru tapi aku tetap syg akan laptop itu aku akhirnya mengalah dan dorg yang tiba-tiba mempunyai tanduk di atas kepala dgn tanpa rasa simpati menembak ku berkali-kali dan aku hanya mampu menahan dgn penuh cabaran siap lepas kene di atas kepalaku ini aku siap kasi syampoo satu rambut agak wangi la bau die kalah perfume temahal di dunia.tiba-tiba aku rasa sgt lemah dan berasa kepalaku sgt berat mcm the rock is cooking tu kn bgus tiba-tiba badan aku pun boleh mjadi macam dia :).tapi tula sangat buruk ini hari :(
Thursday, January 7, 2010
Saturday, January 2, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)























